MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Peranan Pegawai Penyiasat Dan Penolong Pegawai Penyiasat Dalam Penyediaan Kertas Siasatan MPKj pada 20 - 22hb. Mac, 2019.  Seramai 22 orang kakitangan dari Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam telah menghadiri kursus ini. Kursus diadakan di Kinrara Resort Puchong dan disampaikan oleh Encik Muhammad Khairul Hafizi bin Osman dan Puan Hartini binti Mustaffa dari Jabatan Undang – Undang MPKj.

Objektif kursus ini ialah untuk mengetahui tatacara penyediaan kertas siasatan, kesedaran penyediaan bahan bukti yang kukuh dan integriti dalam aktiviti penguatkuasaan. Antara aktiviti yang diadakan ialah penerangan menggunakan slide, Mock Trial Kes Pendakwaan PBT dan perkongsian pengalaman penyediaan IP serta menjadi saksi mahkamah oleh En. Mohd Safri bin Samsuni dan Puan Hafizah Liyana bt Abu Hassan dari Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj.  

Diharap dengan adanya kursus ini, dapat melahirkan warga kerja yang berpengetahuan dan berkeyakinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat.

siasatan