MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan kursus perhubungan perkhidmatan pelanggan pada 1-2 Oktober 2018. Kursus diadakan di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang dan telah dihadiri seramai 22 orang kakitangan yang terdiri daripada kakitangan berjawatan pegawai khidmatan pelanggan serta pegawai sokongan yang berkhidmat di kaunter jabatan MPKj.

Pegawai khidmat pelanggan adalah kakitangan yang berada di baris hadapan sesuatu organisasi. Pegawai khidmat pelanggan yang berkualiti dapat memberikan imej yang baik kepada organisasi.

Melalui kursus ini, para peserta dapat mengenali jenis-jenis pelanggan yang berurusan di kaunter. Dengan ini para peserta dapat memahami pelanggan dan mampu mengawal emosi pelanggan agar setiap perbincangan atau aduan dapat diselesaikan dengan aman serta kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan dengan cara yang aman dan berkesan.

Diharap dengan adanya kursus ini, ilmu yang diturunkan dapat diamalkan agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan di MPKj.

khidmatpelanggan