MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Dan Ketrampilan Diri MPKj pada 24hb. hingga 26hb. Mei, 2016.  Kursus diadakan di Crystal Crown Hotel, Klang dan dihadiri seramai 27 orang kakitangan yang terlibat dengan pengurusan kaunter di jabatan masing - masing. Kursus disampaikan oleh Puan Raihan bt Abdul Rahman dan Puan Suhaini bt Hj Hassan dari Hijrah Minda Events And Consultancy.

Antara yang diterangkan oleh penceramah ialah Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21, Sikap Pelanggan Dalam Psikologi Dan Ekspektasi / Jangkaan, Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkualiti Dan Tidak Berkualiti, Pembentukan Sikap Positif Bekerja, Memahami Keperluan Dan Kehendak Pelanggan dan lain – lain lagi. Selain itu diadakan kerja dan pembentangan tugas secara berkumpulan.

Diharapkan kakitangan yang menghadiri kursus ini mendapat input – input yang berguna dan dapat diterapkan di tempat bekerja.

pic