MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Kursus Terapi Minda MPKj Sempena Sambutan Hari Integriti Kebangsaan 2019 pada 12hb. November, 2019.  Kursus diadakan di Bilik Seminar 2 dan 3, Dewan Seri Cempaka, MPKj dan dihadiri seramai 25 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan.

Kursus disampaikan oleh Puan Ratna Safura binti Kamal Shari dan Encik Fairul bin Desa dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kursus ini bertujuan mengukuhkan semangat berpasukan dan meningkatkan motivasi serta secara tidak langsung membantu kakitangan MPKj mengurangkan tekanan dengan berkesan demi kesejahteraan diri serta memantapkan personaliti dalam pencapaian dan produktiviti organisasi. Antara aktiviti yang diadakan adalah ujian personaliti diri, aktiviti berkumpulan dan sesi terapi ketawa.

Diharap dengan adanya kursus ini, dapat membantu peserta untuk meningkatkan emosi yang positif dengan mengenal personaliti diri dan hubungan bersama keluarga serta organisasi bagi mengharungi cabaran dalam kehidupan. Program ini juga adalah sebagai salah satu pendekatan Unit Integriti dalam mengenal masalah yang dialami oleh kakitangan serta meningkatkan semangat bekerja dalam organisasi. Unit Integriti juga menggunakan Kursus Terapi Minda sebagai satu medium untuk mengubah serta mencegah kakitangan melakukan kesalahan displin.

terapiminda