MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Tonggak 12 : Kekuatan Sifat Baik Hati pada 21hb. Ogos, 2015.  Kursus diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 84 orang kakitangan daripada kumpulan C dan D pelbagai jabatan. Kursus disampaikan oleh Encik Arshad bin Haji Md Ghaus dari Ilham Insan Resources.

Kekuatan Sifat Baik Hati merupakan segala sifat yang disukai manusia dan dihayati oleh orang yang baik hati. Sifat – sifat baik itu merupakan sifat semulajadi manusia iaitu sifat fitrah.  Antara amalan positif yang boleh diambil oleh peserta kursus ialah simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain, merendah diri, berbudi mulia dan lain - lain. Manakala amalan negatif yang dilarang seperti kasar dan kurang sopan, berdendam, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.  

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input kepada peserta bahawa kekuatan sifat baik hati akan membentuk sikap yang positif  dan membantu meningkatkan peribadi ketahap yang lebih tinggi.

pic