MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Tonggak 12 : Pengaruh Teladan pada 23hb. September, 2015.  Kursus diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 94 orang kakitangan daripada kumpulan C dan D pelbagai jabatan. Kursus disampaikan oleh Encik Arshad bin Haji Md Ghaus dari Ilham Insan Resources.

Pengaruh Teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak begitu juga yang negatif boleh membawa padah yang buruk. Orang yang paling baik akan mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjuk ajar, akhlak, tutur kata atau tingkah laku yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain.  Antara amalan positif yang boleh diambil oleh peserta kursus ialah sentiasa berkelakuan baik, berdisplin, berpandangan jauh dan lain - lain. Manakala amalan negatif yang dilarang seperti buruk perangai dan tingkahlaku, jahil dan tidak suka membaca, tidak berpandangan jauh dan sebagainya.  

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input kepada peserta bahawa pengaruh teladan akan membentuk sikap yang positif  dan membantu meningkatkan peribadi ke tahap yang lebih tinggi.

pic