MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Trench Backfilling Penurapan Semula Jalan MPKj Tahun 2020 pada 15 dan 16 Julai 2020 di  Institut Latihan dan Pembangunan Infrastruktur Ikram (iTiDi), Kajang Selangor.  Kursus ini dihadiri oleh kakitangan Majlis Perbandaran Kajang yang terdiri dari Jabatan Kejuruteraan seramai 25 orang. Penceramah bagi kursus ini ialah Encik Mohd Yazip Bin Mastori dari Ikram Skills Academy Sdn Bhd (ISRA).

Objektif kursus adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam aspek pembaikan jalan. Selain itu, mendedahkan kepada kakitangan mengenai bahan komponen dan kaedah penampalan semula jalan yang bersesuaian serta membolehkan kakitangan terlibat untuk merancang dan mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan jalan supaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Dengan adanya kursus seumpama ini diharapkan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang dapat memastikan jalan-jalan yang berada di bawah seliaan MPKj dalam keadaan baik serta menjamin keselamatan orang awam yang menggunakan jalan tersebut.

trench