MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Integriti “Negara Merdeka: Pekerja Berwibawa Tonggak Kemajuan Organisasi” pada 30 Ogos 2021 secara dalam talian melalui aplikasi “Go To Meeting” yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Tuan Ridzuan Bin Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di MPKj.

Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di MPKj, pihak pengurusan tertinggi sentiasa menjadi fokus utama bagi menjadikan MPKj sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikenali melalui tahap ketelusan yang tinggi dan bukannya kerana rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Taklimat tersebut juga turut menyentuh perihal integriti dikalangan penjawat awam, isu-isu terkini mengenai rasuah, kesalahan-kesalahan rasuah dan hukuman, pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan penawaran rasuah serta saluran yang wujud untuk melaporkan rasuah serta kes-kes yang melibatkan perolehan dalam sektor awam. Adalah diharapkan agar semua warga kerja MPKj dapat memahami, menghayati dan menghindari diri daripada amalan rasuah yang bertentangan dengan integriti dan kelakuan sebagai penjawat awam.