MENU

Lawatan Kanak-Kanak Taska Ke Farm In The City Seri Kembangan Majlis Perbandaran Kajang 2019 telah diadakan pada 26hb. Disember 2019 (Khamis). Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
Program ini bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk mengenal haiwan dengan lebih dekat. Selain daripada itu kanak-kanak dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang haiwan serta alam kehidupan haiwan dan fauna.

Sebanyak 29 orang yang hadir termasuk kanak-kanak taska (berumur 3 & 4 tahun), guru taska dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah kanak–kanak berpeluang memberi makan kepada haiwan, melawat ke kebun buah dan sayuran serta melawat haiwan-haiwan di dalam nya.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi pembelajaran di luar taska  dalam persekitaran sebenar tempat berkenaan.

taska