MENU

Lawatan Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang 2016 Ke Paya Indah Wetlands Dengkil telah diadakan pada 25hb Ogos 2016 (Khamis). Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk mengenal haiwan dengan lebih dekat. Selain daripada itu kanak-kanak dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang haiwan serta alam kehidupan haiwan dan fauna.

Sebanyak 22 orang yang hadir termasuk kanak-kanak taska (berumur 4 tahun), pengasuh taska, pengusaha taska dan urusetia  bagi program ini.

Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah lawatan konservasi badak air, burung pelikan, buaya dan laman fauna (landak & kura-kura), kanak–kanak juga berpeluang memberi makan kepada haiwan, melawat ke bilik interpretif serta aktiviti mewarna.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi pembelajaran di luar taska dalam persekitaran sebenar tempat berkenaan.

wetlands