MENU

Lawatan Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang 2017 Ke Blue Coral Aquarium, Mini Zoo Dan Pelantar Pemandangan Di Menara Kuala Lumpur telah diadakan pada 25hb Mei 2017 (Khamis). Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk mengenal haiwan dengan lebih dekat, pengetahuan tentang haiwan serta alam kehidupan haiwan dan fauna. Selain daripada itu, mereka juga diperkenalkan dengan Menara Kuala Lumpur iaitu menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia.

Sebanyak 19 orang yang hadir termasuk kanak-kanak taska (berumur 3 dan 4 tahun), pengasuh taska dan urusetia  bagi program ini.

Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah lawatan ke Blue Coral Aquarium, Mini Zoo dan lawatan ke Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur. Antara aktiviti di sini ialah persembahan muzik pada setiap hari.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi pembelajaran di luar taska  dalam persekitaran sebenar tempat berkenaan.

menarakl