MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan satu program Lawatan Ke Pameran Lukisan Hitam Putih Kehidupan (SOLO-Mohd Nizam Radzaly) pada 7 April 2016 (Khamis) di Pusat Kebudayaan, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 10 orang menyertai program lawatan yang berlangsung selama 2 jam dan dihadiri oleh Encik Lee Learn Eng, Ahli Majlis Zon 8, Puan Norehan Binti Muhamad Zahidi selaku urusetia lawatan daripada Majlis Perbandaran Kajang, Puan Elia Aliza Binti Md Arith Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kajang, Puan Siti Azura Bt Abd Aziz Pengurus Pemasaran Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kajang.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menghargai hasil tangan anak seni Kajang melalui penghasilan 35 karya lukisan dengan tema Hitam Putih Kehidupan. Selain itu juga, memupuk sokongan daripada masyarakat setempat, usahawan dan Ahli Majlis MPKj untuk membuka lebih peluang dan tempat untuk mengadakan pameran seni secara berterusan dan mampu menjana pendapatan sebagai usahawan seni seterusnya menggalakkan anak tempatan Kajang berminat dalam penghasilan lukisan.

Ketibaan ahli-ahli komuniti MPKj disambut oleh Cik Zaiton, Encik Iskandar dan Puan Hazelina sebagai Pegawai Kebudayaan UKM. Sesi taklimat aluan disampaikan oleh Pegawai Kebudayaan UKM mengenai Pengenalan Penubuhan dan Aktiviti Pusat Kebudayaan UKM diikuti sesi lawatan ke Pameran Galeri Seni  Tema Hitam Putih Kehidupan yang dipamerkan mulai 14 Mac 2016 hingga 4 Mei 2016. Rombongan komuniti turut dibawa  melawat ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM, Bahagian Produksi, Studio Tarian, Dewan Teater UKM, Studio Muzik dan Studio Gamelan.

Adalah diharapkan program lawatan ini dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada komuniti setempat dan menghargai sumbangan seni karyawan anak tempatan Daerah Kajang.

pic