MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (MPKangar) pada 28 Julai 2017 (Jumaat) yang lepas. Ketibaan Ketua Delegasi, Cik Norul Najwa Bt Ali bersama seramai 28 kakitangan MPKangar daripada pelbagai Jabatan disambut oleh Cik Fadilah Bt Razalli iaitu Pengerusi Kelab Bauhinia MPKj dan Encik Kamaruzaman Bin Salimin, Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat MPKj.

Mereka dibawa melawat ke Taska MPKj untuk melihat dan mempelajari pengurusan dan aktiviti kanak-kanak Taska MPKj. Taklimat juga diberikan berkaitan Penubuhan dan Pengurusan Taska MPKj  daripada Puan Liyana Bt Zainudin, Ketua Unit Perpustakaan dan Taska Bahagian Pembangunan Masyarakat. Turut diadakan sesi taklimat aktiviti dan program ahli-ahli wanita Kelab Bauhinia MPKj.

Sebagai tanda kenangan pihak MPKj menyampaikan ‘plaque’ penghargaan beserta cenderamata khas kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kangar. Program lawatan berakhir dengan MPKj mengiringi MPKangar ke lawatan industri dengan melawat Syarikat Dewina Food Industri Sdn Bhd iaitu produk makanan jenama Brahim’s di Kawasan Perusahaan Bangi. Adalah diharapkan sesi lawatan penanda aras ini dapat dijadikan pencapaian matlamat PBT – MPKj dan MPKangar serta dapat bersuai kenal dan menjalinkan kerjasama jangka panjang.

mpkangar