MENU

Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Taska  Majlis Perbandaran Kajang 2018 telah diadakan pada 25hb. Oktober 2018 (Khamis) bertempat di Mini Teater Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang Encik Kamaruzaman Bin Salimin.

Tujuan program ini ialah untuk mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak, mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak dan penyampaian sijil tamat kepada kanak-kanak yang berkonvokesyen.

Aktiviti-aktiviti semasa majlis ini diadakan ialah nyanyian Negeri Selangor, nyanyian Permata, ikrar kanak-kanak taska, penyampaian hadiah & sijil, persembahan kanak-kanak bacaan surah Al-Fatihah, nyanyian voices of ummi, nyanyian chicken dance bersama ibu bapa serta sesi bergambar & persembahan audio visual (aktiviti taska) dan acara memotong kek.

Pihak yang terlibat sama ialah ibu bapa/penjaga, anak-anak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat. Oleh yang demikian, diharap majlis ini dapat memberi semangat kepada anak-anak permata untuk terus berjaya hingga ke menara gading.

konvo