MENU

Majlis Konvokesyen Taska Majlis Perbandaran Kajang 2015 telah diadakan pada 20 Oktober 2015 (Selasa) dan bertempat di Mini Teater Tingkat 6 Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini ialah untuk mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak, mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak dan penyampaian sijil tamat kepada kanak-kanak yang berkonvokesyen.

Aktiviti-aktiviti semasa majlis ini diadakan ialah lagu anak-anak permata, ikrar anak permata taska, persembahan anak-anak permata taska, persembahan audio visual, penyampaian sijil kepada anak-anak yang bergraduasi, penyampaian cenderahati kepada MPKj dan pengusaha taska Majlis Perbandaran Kajang, sesi bergambar dan acara memotong kek.

Pihak yang terlibat sama ialah ibu bapa/ penjaga, anak-anak taska, guru-guru dan urusetia program. Diharap majlis ini dapat memberi semangat kepada anak-anak permata untuk terus berjaya hingga ke menara gading.

pic