MENU

Majlis Konvokesyen Taska Majlis Perbandaran Kajang 2017 telah diadakan pada 26 Oktober 2017 (Khamis) dan bertempat di Mini Teater Tingkat 6 Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat Majlis Perbandaran Kajang, Encik Rajani Bin Rajimin.

Tujuan program ini ialah untuk mencungkil bakat, potensi dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak, mengeratkan hubungan kekeluargaan antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak dan penyampaian sijil tamat kepada kanak-kanak yang berkonvokesyen.

Aktiviti-aktiviti semasa majlis ini diadakan ialah nyanyian lagu Negeri Selangor, lagu  Permata, ikrar kanak-kanak taska, penyampaian hadiah & sijil, pertunjukan magic – Awang, persembahan kanak- kanak (bacaan surah Al-Fatihah, nyanyian voices of ummi, lakonan kanak-kanak taska MPKj, nyanyian baby shark bersama ibu bapa) serta sesi bergambar & persembahan audio visual (aktiviti taska) dan acara memotong kek.

Pihak yang terlibat sama ialah ibu bapa/ penjaga, anak-anak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Oleh yang demikian, diharap majlis ini dapat memberi semangat kepada anak-anak permata untuk terus berjaya hingga ke menara gading.

konvo