MENU

OSC MPKj telah dipilih oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai PBT Perintis bagi pelaksanaan OSC Online 3 PLUS yang akan dilaksanakan secara rasminya pada Tahun 2019. Dengan pelaksanaan OSC Online 3 PLUS akan memudahkan permohonan dibuat serta membantu mempercepatkan proses permohonan dan kaedah bayaran melalui sistem.

Program Pelancaran bagi  Pelaksanaan Projek Perintis OSC Online 3 Plus Majlis Perbandaran Kajang telah diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kenderaan MPKj pada 19 Oktober 2018 sempena Majlis Perhimpunan Pagi MPKj. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Mohd Sayuthi bin Bakar selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang.

osc