MENU

Majlis Pelancaran Projek Perintis Kitar Semula (Recycling Pilot Project) di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor telah diadakan pada 19hb September 2015 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di Kabin KRT Jalan SL/7 Bandar Sg Long.

Majlis telah disempurnakan oleh Y.B Tuan Ean Yong Hian Wah selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram & Pembangunan Kampung Baru. Pelaksanaan  ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram & Pembangunan Kampung Baru dengan PBT di Selangor.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan 4 kawasan PBT telah dipilih untuk Projek Perintis Kitar Semula (Recycling Pilot Project) oleh Syarikat PE Research Sdn. Bhd.

Antara objektif projek perintis kitar semula ini ialah :

  • Mengkaji kekangan dan isu yang dihadapi oleh penduduk dalam melaksanakan pengasingan sisa pepejal di  punca (segregation at source) dan mencadangkan langkah mengatasi yang bersesuaian.
  • Mengkaji kesesuaian program Communication, Educational dan Public Awareness (CEPA) yang dapat disampaikan keseluruh peringkat masyarakat.
  • Mengkaji kemampuan PBT dalam melaksanakan sistem baru pengasingan sisa pepejal.
  • Membuat anggaran kos dan faedah pelaksanaan sistem baru dan mengkaji sistem baru yang bersesuaian serta membangunkan pelan tindakan yang akan digunapakai untuk semua PBT.

pic