MENU

Majlis Suaikenal Dan Ramah Mesra Isteri YDP MPKj Bersama Warga Kerja Wanita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah diadakan pada 26hb. November 2021 (Jumaat) bertempat di Kediaman Rasmi Yang Dipertua MPKj. Penganjuran program ini adalah kerjasama di antara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Bahagian Pembangunan Masyarakat bersama Bauhinia Majlis Perbandaran Kajang.

Majlis Suaikenal Dan Ramah Mesra Isteri YDP MPKj Bersama Warga Kerja Wanita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara isteri majikan bersama semua peringkat warga kerja wanita Majlis Perbandaran Kajang, mencungkil bakat baharu dalam mengetengahkan pertandingan pemakaian tradisional dalam kalangan kakitangan wanita dan mendapat gambaran sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan dan mengeratkan silaraturrahim di kalangan peserta dan mewujudkan rasa kekeluargaan di kalangan warga kerja MPKj.

Aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Misteri Puspa Wangi, Pertandingan Persalinan Puteri Zaman Silam dan Rewang Suaikenal Majlis Perbandaran Kajang. Majlis diserikan dengan kehadiran Isteri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datin Noorzalia Binti Ismail, isteri mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dan Chef Kamarul Zaman Bin Abd. Majid sebagai juri Pertandingan Misteri Puspa Wangi. Turut hadir pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai jabatan serta kakitangan wanita MPKj.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 17 Januari 2022 - 8:53am