MENU
Majlis Taklimat Ahli Majlis 2016/2017 telah diadakan pada 26hb. Januari 2016 (Selasa) di   Mini Teater Tingkat 6, Menara MPKj. Majlis taklimat ini adalah untuk memberi penerangan ringkas tatacara dan peranan Ahli Majlis di MPKj. Tuan Timbalan Yang DiPertua di dalam ucapan aluannya menerangkan bahawa dasar penjimatan akan diteruskan.

Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam dijemput untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti yang ada hubungkait dengan Ahli Majlis. Segala persoalan dan pandangan akan dibincangkan melalui medium yang sesuai.

Diharapkan majlis ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan berkaitan peranan Ahli Majlis dengan MPKj dan penduduk selain untuk menambah pengetahuan Ahli Majlis ketika melaksanakan tugas.

 

pic