MENU

 

Program MALAM BELIA BERSELAWAT MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 2021 telah diadakan pada 14 Ogos 2021 secara dalam talian (LIVE STREAMING) bermula pada jam 9 malam sehingga 10.45 malam.

Objektif penganjuran program Malam Belia Berselawat Majlis Perbandaran Kajang 2021 ini adalah bagi memberi dorongan dan motivasi berkonsep kerohanian dan keagamaan (Modal Insan). Mengharungi Pandemik Covid 19 ini, ramai golongan belia yang terjejas dan terkesan dari aspek kelangsungan hidup dan gangguan emosi.

Program ini adalah anjuran Majlis Perbandaran Kajang melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Pihak MPKj turut bekerjasama dengan Syarikat Pengurusan HR Barakah dan NGO Keagamaan iaitu Darul Mujtaba.

Program Malam Belia Berselawat MPKj 2021 ini melibatkan penyertaan peserta daripada:-

  1. Seluruh Belia Setempat dibawah Pentadbiran Kajang secara khususnya
  2. Belia – belia di seluruh Negara secara amnya
  3. Kakitangan Majlis Perbandaran Kajang
  4. Komuniti dan Persatuan – persatuan penduduk;
  5. dan terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat

 

Program ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Yang Berbahagia Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain. Penceramah Bebas ,Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Syed Putra Haizan adalah sebagai penceramah dan Saudara Rara @ Cikgu Rara sebagai Moderator Program.

 

PENGISIAN PROGRAM

Diantara pengisian Program Malam Belia Berselawat Majlis Perbandaran Kajang 2021 ini adalah:-

  • Majlis Perasmian Program Oleh Yang DiPertua MPKj
  • Sesi perkongsian pengalaman belia terjejas ‘Sharing Is Caring’
  • Sesi Dendangan Qasidah dan Selawat Nabi
  • Sesi Tausiyah / Tazkirah dari Ustaz Jemputan

Jumlah penyertaan dari 2 medium media yang digunapakai iaitu seramai:-

  • Aplikasi Zoom Meeting = 240 Orang
  • Tontonan Live Laman Facebook MPKj = 230 Orang
  • Anggaran Jumlah Penonton Keselutuhan = 500 Orang

SESI TAUSIAH BERSAMA AL FADHIL USTAZ SYED PUTRA HAIZAM

SESI QASIDAH DAN SELAWAT 1

 

SESI QASIDAH DAN SELAWAT 2

 

SESI ‘SHARING IS CARING’