MENU

Sempena Ramadhan Al Mubarak 1437H , 29 Jun 2016 (Rabu) Majlis Perbandaran Kajang  telah menganjurkan program #MalaysiaNgaji Satu Jam Bersama Al-Quran di Perpustakaan Kajang dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Cawangan Kajang. Objektif program adalah mendidik masyarakat meluangkan masa satu jam, satu juta orang baca Al-Quran tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat atau di mana sahaja. Selain itu membentuk gelombang ; Nikmatnya Ngaji dan Tadabur AL-Quran. Seterusnya memupuk semangat kecintaan pada agama  dan bermasyarakat dalam kerjasama  membantu dan memanjangkan sedekah pada bulan Ramadhan, bulan Ibadat serta menggalakkan masyarakat budaya membaca dan melawati perpustakaan awam sebagai pusat ilmu.
 
Turut hadir bersama Encik Zahir Yahaya, Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan PPAS Shah Alam. Jemputan peserta program adalah terdiri daripada 24 orang pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Akademi Iqro’ Al-Quran Kg.Sg.Merab Jaya Kajang, 26 orang anak-anak daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kajang  dan 50 orang Persatuan Pertubuhan Islam Buah Hatiku, BTHO Cheras Kajang.

Antara aktiviti yang dijalankan dari pagi Ulasan Buku PPAS “Islamic Scientific Tradition in History” daripada Institut Darul Ehsan  (IDE) , Pertandingan Mewarna Kategori Anak-anak Istimewa/OKU dan Kategori Anak-anak Yatim/Asnaf. Tepat jam 12 tengahari Satu Jam Bersama Al-Quran dengan ketibaan Adun Kajang Y.B Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Majlis MPKj Zon MPP 9, Encik Mohd Rashidi Bin Hassan bagi mengaji dan bertadabur bersama-sama. Pada sebelah petang diadakan Pertandingan Tulisan Khat bagi pelajar-pelajar Tahfiz dan Tayangan Audio Visual Animasi Kartun Kisah Rasulullah S.A.W.

Encik Mohd Rashidi Hassan , Ahli Majlis MPKj Zon MPP 9 dan Puan Hajah Zainun, Ahli Majlis MPKj Zon MPP 19 meluangkan masa menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan dan  sumbangan duit raya dan juadah berbuka puasa kepada anak-anak tahfiz, OKU dan anak-anak yatim dan asnaf.  Harapan daripada program sehari ini adalah perkembangan ilmu agama dapat dijalankan berterusan menerusi pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat ramai masyarakat di masa akan datang.

malaysiangaji