MENU

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah diadakan secara atas talian (online) buat julung kalinya pada 4 November 2020 dengan kerjasama daripada Bahagian Teknologi Maklumat.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Yang Dipertua melibatkan agensi teknikal dalaman, agensi teknikal luaran dan juga Ahli Majlis.

Buat kali yang pertama, semua agensi teknikal luaran dan Ahli Majlis menghadiri MJKPS  secara atas talian. Kehadiran semua agensi teknikal secara atas talian amat baik dan dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang sepanjang tempoh masa mesyuarat dijalankan.