MENU

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Unit Setempat bagi Tahun 2021 telah diadakan pada 12 April 2021 di Bilik Cempaka Putih, Tingkat 7 Menara MPKj. Mesyuarat ini telah diadakan secara bersemuka yang melibatkan Agensi Teknikal Dalaman MPKj dan urusetia manakala Jabatan Kerajaan Tempatan dan Agensi Teknikal Luaran di peringkat Negeri dan juga Daerah pula secara atas talian.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang. Tujuan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Unit Pusat Setempat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan permohonan permit pemajuan, prosedur yang berkaitan Unit Pusat Setempat, Pelaksanaan Sistem OSC 3.0 Plus Online dan perkara berkaitan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat yang bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan di Unit Pusat Setempat , MPKj.