MENU

Kajang 18 April 2020, melalui kerjasama MPKj dan pihak KPKT, telah menyalurkan bantuan kepada 44 buah rumah keluarga yang terkesan ketika PKPD dilaksanakan di Sg Lui Bt 21.

Misi ini telah disampaikan oleh Pemangku Yang Dipertua MPKj Tuan Hj Najmuddin bin Jemain bersama Puan Juliana Baderi Pegawai JKT/KPKT merangkap urusetia misi bantuan COVID-19 KPKT.

Pelbagai barang keperluan telah disalurkan seperti beras, minyak masak, minuman, makanan tin, lampin pakai buang dan lain-lain lagi.

PANTAS MPKj membantu menyelaras pemberian bantuan untuk penduduk yang terlibat.

#PatuhiArahan
#StayHome
#SelangorGempurCovid19

kpktmpkj