MENU

Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD) Daerah Hulu Langat bersama agensi-agensi  seperti Majlis Perbandaran Kajang, Polis Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Hulu Langat, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Dan Lembaga Zakat Selangor Cawangan Kajang Dan Bangi telah mengadakan Operasi Bersepadu Menyelamat Orang Papa / Pengemis Pada Bulan Ramadhan 2016 pada 14/6/2016 (Selasa) . Stadium Kajang sebagai lokasi bilik gerakan  bagi taklimat agensi dan proses dokumentasi Orang Papa/ Pengemis yang diselamatkan.  

Objektif operasi bersepadu yang dilaksanakan pertama kali pada tahun ini adalah Memastikan Negeri Selangor Bebas Pengemis Menurut Titah Perintah DYMM Sultan Selangor. Pada jam 4.00 petang  taklimat agensi diberikan oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Puan Siti Noraishah Binti Mad Amin selaku Ketua Operasi pada hari tersebut.

Pembahagian kumpulan bagi pelaksanaan operasi di lokasi Bazar Ramadhan seperti Bazar Ramadhan Prima Saujana, Bazar Ramadhan Taman Putra Kajang, Bazar Ramadhan Batu 13 Jalan Cheras, Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi, Bazar Ramadhan PKNS, Bazar Ramadhan Seksyen 4, Bazar Ramadhan Seksyen 7, Bazar Ramadhan Pekan Semenyih, Bazar Ramadhan Tesco Semenyih, Rinching, Bazar Ramadhan Tasik Kesuma, Bazar Ramadhan Sungai Long, Bazar Ramadhan Batu 9 Cheras dan Bazar Ramadhan Dusun Nanding.

Jumlah Orang Papa /Pengemis diselamatkan seramai 19 orang iaitu Kategori Bukan Warganegara seramai  5 orang, UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pelarian): 5 orang (Dewasa :2, Kanak-kanak :3). Kategori Bukan Warganegara selain UNHCR seramai 3 orang ( Pakistan lelaki dewasa : 1, Kemboja lelaki dewasa: 1, Thailand : 1 ). Manakala Kategori Warganegara seramai 11 orang terdiri OKU: 1, Pemungut derma lelaki dewasa : 10.

Secara kesimpulan Operasi Bersepadu Orang Papa / Pengemis yang dilaksanakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat bersama agensi-agensi kerajaan, seramai 10 orang pemungut derma diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, 3 orang bebas dengan amaran (1: OKU + 2 Pakistan), diserah kepada UNHCR seramai 5 orang (Dewasa: 2 dan Kanak-kanak: 3), Pengemis warganegara Kemboja (OKU) diserah kepada Jabatan Imigresen.

Adalah diharapkan operasi sebegini dapat meningkatkan kesedaran  kepada orang papa/ pengemis dan termasuk orang awam yang memberi sumbangan supaya tidak memberi wang derma kepada orang papa atau pengemis yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa berwajib iaitu Majlis Agama Islam Selangor atau Pejabat Agama Islam Daerah , pihak Polis dan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

ops_pengemis