MENU

Tempat : Dewan PTDHL
Tarikh : 11 April 2020
Masa : 9.00 pagi

Kajang 11 April - Operasi Cari & Saring (CASAR) oleh Selcare atas inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti yg diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin bin Shari.

Acara telah dihadiri oleh YB SUK Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya, YB Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah binti Mahmud Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Yang Berhormat Tuan Mazwan bin Johar ADN Sg Ramal bersama Pegawai Daerah Tuan Yusri bin Zakariah, Pemangku Yang Dipertua MPKj Tuan Hj Najmuddin bin Jemain, OCPD Kajang Tuan ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Pihak PKD Hulu Langat serta urusetia SUK Selangor dengan Selcare.

Operasi CASAR ini dijalankan dalam Daerah Hulu Langat khususnya di kawasan Red Zone (bilangan kes 40 dan ke atas).

Sebanyak 13 team yg dianggotai oleh 4 orang anggota; 1 orang Doktor Perubatan, 1 orang Pembantu Perubatan, 1 orang Jururawat dan 1 orang pemandu telah ditugaskan ke rumah mereka yg berusia emas dan berisiko dijangkiti dalam kawasan sasaran.

Daerah Hulu Langat khususnya dalam kawasan MPKj telah dipilih sebagai projek perintis. Kejayaan operasi ini akan menentukan gerakan selanjutnya.

casar