MENU

 

10 Mac 2021, jam 8:30 pagi, seramai 65 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj bersama – sama Ahli Majlis Zon 12, Encik Khoo Khim Han telah membuat lawatan rumah ke rumah penduduk Taman Kantan Permai bagi Program Operasi GERAK (Gempur Aedes Kajang).

Semasa operasi dijalankan, edaran aerosol dan risalah berkaitan Denggi telah diberikan kepada penduduk di taman tersebut. Operasi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada penduduk mengenai bahayanya wabak denggi dan mencegah berlakunya kes denggi di Taman Kantan Permai. Operasi GERAK ini telah berjaya bertemu dengan penduduk dan peringatan dapat disampaikan agar pihak penduduk sentiasa mengamalkan kebersihan kawasan persekitaran agar tiada tempat bagi nyamuk aedes untuk membiak.