MENU

Pada 22-25hb. Oktober 2018 Unit Stor Utama Majlis Perbandaran Kajang telah melaksanakan aktiviti Pengiraan dan Pemeriksaan Stok dan Verifikasi Stor. Ini merupakan satu arahan yang wajib diadakan berpandu kepada 1 Pekeliling Perbendaharaan di bawah tajuk Tatacara Pengurusan Stor.

Pemeriksaan ini diadakan di Stor Utama Menara MPKj. Empat (4) orang pegawai telah dilantik untuk melaksanakan tugasan ini. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang, luput tempoh juga menentukan jumlah stok fizikal yang tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil.

stok