MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah dikunjungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 13hb. Ogos, 2018 jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih, Tingkat 7, Menara MPKj. Tujuan kunjungan ini adalah bagi pelaksanaan naziran Standard Kualiti Pelaksanaan Program AKRAB dan Pementoran (SKPsi) Tahun 2018. Tuan Timbalan Yang Dipertua Tn. Haji Najmuddin Bin Jemain telah menyampaikan ucapan aluan di atas kesudian pihak naziran ke MPKj

Objektif naziran ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan psikologi dalam perkhidmatan awam serta bagi memastikan Pekeliling Bilangan 18/2005 : Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia dilaksanakan secara menyeluruh di jabatan dan agensi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu naziran ini juga bertujuan memberi pengiktirafan bintang kepada jabatan dan agensi yang telah melaksanakan program dan aktiviti AKRAB dan Pementoran secara teratur dan berstruktur dengan bertanggungjawab dan berkesan.

Pihak naziran tersebut telah diketuai oleh Puan Faridah Binti Abdul Jalil@Abas, Pegawai Psikologi bersama En. Muhammad Nasir Bin Hamir, Puan Faridah Binti Rozali, Puan Nur Erniana Binti Mohamad Azizan dan seorang pelajar latihan industri.

Diharapkan MPKj akan memperoleh keputusan penarafan yang baik serta menambah bilangan pencapaian pengurusan yang baik. Sesi naziran berakhir jam 12.30 tengahari.

akrab