MENU

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai dan Pertandingan Kebun Komuniti Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 telah diadakan pada 22 November 2021 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Menara MPKj. Pertandingan Minyak Masak Terpakai dinilai berdasarkan jumlah kutipan minyak masak dari pada persatuan penduduk dan peniaga-peniaga di sekitar kawasan pentadbiran MPKj. Penyertaan telah dibuka bermula 5hb Mei 2021 dan telah ditutup pada 5hb November 2021. Terdapat 17 penyertaan dalam kalangan persatuan penduduk dan 18 penyertaan dalam kalangan peniaga telah dinilai. Hasilnya hanya 3 pemenang bagi setiap kategori yang telah dipilih berdasarkan jumlah kutipan minyak masak yang telah dikumpul.

Pertandingan Kebun Komuniti MPKj 2021 adalah merupakan anjuran pertama kali diadakan di peringkat MPKj. Penyertaan ini juga terbuka bagi persatuan penduduk di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang terutamanya kepada persatuan yang telah memohon kebenaran menggunakan tapak sebagai kebun komuniti bermula dari tahun 2016 sehingga kini. Penilaian dibuat adalah berdasarkan laporan dan rakaman video yang dihantar oleh wakil persatuan penduduk yang menyertai pertandingan ini. Terdapat 16 persatuan penduduk yang menyertai pertandingan ini dan hanya 3 pemenang yang telah dipilih.

Senarai pemenang telah diumumkan di laman sosial Facebook MPKj pada 3 Disember 2021 dan Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Menara MPKj pada 21hb Disember 2021.