MENU

Semenyih 26 Jun 2020, terdapat pelaporan di media massa dan media sosial terhadap tahap pematuhan kepada SOP baru-baru ini di mana penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor. Sehubungan itu, MPKj dan PTD Hulu Langat telah membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana pihak KKM telah mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuatkuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu) sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

MPKj menyeru orang ramai supaya tidak leka dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu. Orang ramai juga dinasihatkan untuk patuhi arahan dan memberikan kerjasama dalam usaha pihak kerajaan menangani isu Covid-19 ini.

broga