MENU

Pada tarikh 17 Oktober 2015 (Sabtu) Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Kelab Menembak Kajang (KMK) telah mengadakan Perasmian Operasi Menembak Gagak di Jalan Jenaris 2A, Taman Desa Jenaris yang telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Mohd Sayuthi Bin Bakar. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Zamani Ahmad Bin Haji Mansor selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Ahli Majlis MPKj Zon MPP 8 Encik Shaharuddin Bin Budin, Encik Mohd Rashidi Bin Ruslan selaku Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam,  Tuan Inspektor Mohd Azwa Bin Haji Ismail, IPD Kajang serta Ahli-ahli Majlis MPKj bersama Pengarah-pengarah Jabatan MPKj.

Operasi menembak burung gagak ini dilaksanakan di peringkat PBT kerana aduan-aduan yang diterima daripada penduduk yang merupakan faktor kacauganggu seperti najis burung yang bertaburan mengeluarkan bau busuk dan bunyi bising. Burung gagak ini memberi kesan buruk kepada manusia dan menjadi salah satu punca penularan wabak penyakit seperti selsema burung (H5N1), keracunan makanan (najis burung), pepijat, hama dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Operasi ini telah dijalankan buat kali kedua untuk tahun 2015 iaitu pada 3 Oktober 2015 dan 17 Oktober 2015 di sekitar Bandar Mahkota Cheras dan Kajang. Setakat ini MPKj telah berjaya  menembak sebanyak 549 ekor burung gagak dan pada 31 Oktober 2015 akan diadakan sekitar Semenyih. Harapan MPKj dalam menyekat penularan wabak penyakit adalah menjadikan aktiviti operasi menembak gagak liar dapat dilaksanakan secara berterusan di setiap kawasan MPP Zon MPKj.

pic