MENU

Kelab Bauhinia, Majlis Perbandaran Kajang telah menghantar satu pasukan bola jaring Bauhinia untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan Bekas Pelajar Sekolah Tunku Ampuan Durah Seremban. Perlawanan ini diadakan pada 20 Februari 2016 (Sabtu) bertempat di Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Perlawanan ini dianjurkan oleh Bekas Pelajar Sekolah Tunku Ampuan Durah Seremban. Perlawanan persahabatan ini dimenangi oleh pasukan Bauhinia iaitu 13-8. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pasukan Bauhinia dan meningkatkan semangat kesukanan, daya saing dan semangat berpasukan.

Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat memberikan ruang untuk menjalankan aktiviti riadah agar kakitangan tidak terlalu dibebankan dengan tugas-tugas seharian di tempat kerja.

pic