MENU

Majlis Perbandaran Kajang bersama Kelab Bauhinia MPKj (Kelab Sukan Dan Kebajikan MPKj) bekerjasama dengan i-City Properties Sdn Bhd telah mengadakan Program Bergembira Cuti Sekolah Di Water World @i-City Shah Alam  bersama 54 Anak-anak Yatim dan Asnaf serta 4 Guru daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan Kajang pada 27hb November 2016.

Objektif program adalah melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang sentiasa prihatin dan peduli kepada anak yatim dan asnaf dengan memberi peluang berekrasi dan merasai pengalaman di Taman Tema di WaterWorld @i-City Shah Alam.  Rombongan MPKj selaku urusetia program di ketuai oleh Puan Khaironi Bt Idris, Biro Kebajikan Bauhinia MPKj bersama anak-anak yatim/asnaf bersarapan bersama Mc Donald Kajang sebelum mula bertolak ke i-City Park. Ketibaan rombongan disambut oleh Cik Fadilah Bt Razali, Pengerusi Bauhinia MPKj di Water World@ i-City Shah Alam dan Pegawai Perhubungan Awam i-City Shah Alam.

Telah diadakan sesi beramah mesra dan pelepasan untuk mandi-manda bersama anak-anak yatim dan asnaf Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan Kajang. Anak-anak tersebut berasa gembira dan teruja. Pada sebelah tengahari pula mereka dijamu dengan nasi ayam yang disediakan oleh pihak i-City dan Burger Mc Donald  pada sebelah petangnya. Selepas mandi manda, sesi petang berakhir apabila anak-anak yatim dan asnaf dibawa ke Rides And Attractions  dan berpeluang bergambar kenangan beramai-ramai.  Semoga aktiviti riadah dan rekreasi ini dapat diteruskan bagi memberi sedikit keceriaan anak-anak yatim sempena cuti sekolah.

icity