MENU

Alhamdulillah, bersempena Sambutan Kemedekaan Malaysia ke -64 Tahun 2021 ini, Team Selangor serta Ahli Majlis Zon 20 (En.Hanafi bin Jalalludin) dan Ahli Majlis MPKj Zon 22 (En.Zulkifli bin Redzuan) telah mengagihkan bakul makanan, bendera Malaysia serta cenderahati sebagai penghargaan kepada bekas perajurit Negara dan Polis yang telah bersara dari ATM dan PDRM yang tinggal di sekitar Semenyih. Program ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para perajurit atas jasa bakti dalam menjaga keamanan dan mengekalkan kemerdekaan tanah air yang tercinta ini.

Agihan ini melibatkan hampir 10 buah kawasan dan sekitar 100 orang penerima. Pasa sukarelawan adalah terdiri daripada Sukarelawan Team Selangor, PeBS Semenyih, Skuad Zon 20 dan Skuad Antidadah Hulu Langat yang menaiki pacuan empat roda sepanjang proses agihan tersebut dijalankan. Kami juga membuat agihan bendera Malaysia dan Selangor di Pasar Awam Semenyih dan Pasar Awam Kg Baru Semenyih dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi semangat merdeka yang akan disambut tidak lama lagi.

Semoga program yang dijalankan ini dapat meraikan para veteran dan menyemai sifat cintakan negara kepada anak-anak muda khususnya di Semenyih. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan Salam Kemerdekaan buat semua!