MENU

Program DIY Bakul (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 6/2016 telah diadakan pada 2hb. September 2016 (Jumaat) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk melatih kanak-kanak taska melakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing. Disamping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka, aktiviti ini juga dapat membantu pembesaran fizikal dan minda serta melibatkan anggota badan individu dan menekankan kepada aspek motor halus dan motor kasar.  

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska dan guru-guru. Aktiviti yang diadakan ialah membuat bakul menggunakan cawan kertas. Aktiviti DIY ini juga dihasilkan menggunakan barang terbuang lalu menjadi sesuatu yang berguna dan menarik.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

diy_bakul

Kemaskini Terakhir: Selasa, 21 September 2021 - 4:35pm