MENU

Program DIY Bantal (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 9/2016 telah diadakan pada 22 Disember 2016 (Khamis) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak membuat bantal serta belajar memasukkan kapas ke dalam sarung bantal. Aktiviti ini juga dapat menggerakkan tangan agar lebih kreatif.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

bantal