MENU

Program DIY Botol Air (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 7/2017 telah diadakan pada 7hb. Julai 2017 (Khamis) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk melatih kanak-kanak taska melakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.

Aktiviti ini menggunakan botol air mineral 500ml, luaran botol ini dicat menggunakan warna air untuk dijadikan pasu.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

botol