MENU

Program DIY Capan (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 10/2017 telah diadakan pada 19hb. September 2017 (Selasa) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memupuk minat dan kreativiti kanak-kanak dalam menghasilkan kerja seni visual. Di samping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.

Capan ialah sejenis teknik mengecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.

Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti dan kemahiran individu. Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini. Aktiviti ini menggunakan warna air dan kertas warna. Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

capan