MENU

Program DIY Frame (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 8/2016 telah diadakan pada 9 Disember 2016 (Jumaat) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak belajar melakar mengikut kreativiti masing-masing di bingkai gambar. Ini juga dapat menarik minat kanak-kanak selain melakar di kertas lukisan.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

frame