MENU

Program DIY Kad Ucapan (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 2/2017 telah diadakan pada 28 Februari 2017 (Selasa) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengajar kanak-kanak taska membuat kad ucapan sendiri secara berkumpulan dengan kreativi masing-masing. Ini juga boleh memberi latihan kepada mereka menggunakan daya imaginasi untuk berfikir dalam membuat sesuatu yang baru.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.
 

kad ucapan