MENU

    Program DIY Keychain (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 2/2016 telah diadakan pada 6 Mei 2016 (Jumaat) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
    
    Tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada kanak-kanak berkaitan kreativiti dan memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif, kanak-kanak akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan. Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.
    
    Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat memberi banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan ialah sikap bekerjasama, berdikari, keberanian dan keyakinan diri.

    pic