MENU

Program DIY Kraftangan (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 4/2016 telah diadakan pada 26 Mei 2016 (Jumaat) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan potensi sedia ada pada kanak-kanak berkaitan kreativiti dan memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat. Aktiviti ini melibatkan kreativiti kanak-kanak dalam membuat silangan tali pada kain felt.  

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar.

pic