MENU

Program DIY Mewarna Baju Putih (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 4/2019 telah diadakan pada 4 April 2019 (Khamis) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang.  Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan potensi sedia ada pada kanak-kanak berkaitan kreativiti dan memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat. Inilah salah satu aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran serta pembuangan demi kebaikan bersama.  Kanak-kanak mewarnakan baju putih menjadikan baju kepada corak-corak yang menarik bagi aktiviti ini.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar.

warna