MENU

Program DIY Mewarna Batu (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 2/2019 telah diadakan pada 11 Februari 2019 (Isnin) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan potensi sedia ada pada kanak-kanak berkaitan kreativiti dan memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Inilah salah satu aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran serta pembuangan demi kebaikan bersama.  Menggunakan batu yang terdapat di sekitar bagi aktiviti ini.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar.

batu