MENU

Program DIY Penanda Buku (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 5/2017 telah diadakan pada 5hb Jun 2017 (Isnin) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk kanak-kanak menyedari adanya bahan kutipan yang sesuai untuk dijadikan bahan seni yang menarik dengan meluahkan ekspresi melalui lukisan dan warna di kertas. Selain itu juga menunjukkan minat kanak-kanak terhadap seni.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

penanda