MENU

Program DIY Sangkar (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 8/2017 telah diadakan pada 21hb. Julai 2017 (Jumaat) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk melatih kanak-kanak taska melakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.

Aktiviti ini menggunakan tali tebal putih, belon serta gam. Kanak-kanak diminta untuk melapis-lapiskan tali sehingga terbentuk sangkar.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

sangkar