MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Program DIY Surat Khabar Lama (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 3/2016 pada 13 Mei 2016 (Jumaat) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang.  

Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan potensi sedia ada pada kanak-kanak berkaitan kreativiti dan memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat. Aktiviti DIY ini juga dihasilkan menggunakan barang terbuang menjadi sesuatu yang berguna dan menarik. Inilah salah satu aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran serta pembuangan demi kebaikan bersama.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar.

pic