MENU

Program DIY Tanglung (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 7/2016 telah diadakan pada 1 Disember 2016 (Khamis) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk membantu kanak-kanak menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan lancar apabila memberi perhatian masing-masing terhadap tanglung yang mengandungi empat bentuk iaitu segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga sama kaki dan sfera. Kanak-kanak boleh mangenal pasti bentuk dan warna yang terdapat dalam tanglung kerana semua bentuknya mempunyai warna yang berbeza serta menerangkan bentuk 2D dan 3D kepada kanak-kanak. Selain itu, tanglung ini boleh memudahkan kefahaman kanak-kanak terhadap bentuk.

Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

tanglung